Wednesday, 5 November 2014

AROMA TROPIKA PERLUKAN ANDA!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua penduduk Taman Aroma Tropika,

Telah lama juga saya tidak menulis selepas awal tahun ini. Oleh yang demikian, saya ingin memberikan sedikit maklumat terkini mengenai aktiviti persatuan penduduk kita. Secara ringkasnya perkembangan hingga kini adalah seperti berikut;

1. Keahlian Persatuan. Dukacita dimaklumkan bahawa kita mendapat respon yang amat mengecewakan daripada semua penduduk. Kita secara umumnya gagal menepati sasaran keahlian dan kutipan yang ingin dilakukan. Majariti daripada kita gagal mengembalikan borang keahlian dan sebagaimana yang dinyatakan pada awal tahun ini.
 
2. Pembersihan kawasan padang permainan. Terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Tuan Pengerusi, Tn. Hj Kamal kita telah mendapat kerjasama penuh daripada pihak MBSA untuk melakukan kerjakerja perbersihan taman permainan dengan lebih teratur terutamanya kerja-kerja pemotongan rumput. Walaubagaimanapun, kita perlu meneruskan usaha mendidik masyarakat kita untuk lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan. Anak-anak patut diingatkan supaya membuang sampah sarap pada tempat yang disediakan.
 
3. Keselamatan kawasan taman. Adalah dimaklumkan bahawa keselamatan kawasan kita semakin teramcam sejak kebelakangan ini. Antara ancaman yang mesti kita beri perhatian adalah seperti berikut;
 
  1. Pecah masuk melalui bumbung. Semenjak bulan Oktober 2014 kita telah mengalami beberapa insiden pencerobohan melalui bumbung rumah oleh anasir yang belum dapat dikenalpasti. Yang paling membimbangkan ialah kerana kejadian tersebut berulang dalam tempoh yang singkat seolah-olah mereka membuat konklusi bahawa kita tidak mampu mencegah kegiatan mereka.
  2. Penyalahgunaan kawasan taman. Kita mendapati bahawa aktiviti tidak sihat masih berlaku dalam kawasan taman kita pada waktu malam. Kita mendapati terdapat kumpulan remaja yang menggunakan pondok di kawasan taman untuk aktiviti lepak dan meminum minuman keras. Bukan itu saja, malah mereka mengotorkan kawasan sekitar dengan sisa minuman dan kadangkalanya botol minuman itu sengaja dipecahkan. Ini akan mendatangkan bahawa kepada kanak-kanak yang menggunakan taman permainan kita. Ini masih berlaku walaupun kita telah menjalankan kerja-kerja gotong royong pembersihan sebelum ini.
  3. Kawalan Keselamatan. Kawalan keselamatan yang dilakukan sekarang agak kurang berkesan dan semua penduduk harus sama-sama bertanggungjawab. Hanya segelintir penduduk yang membayar yuran bulanan dan pengawal yang ditugaskan juga diragui kerana mengikut pertaran kerajaan hanya rakyat Malaysia warganegara tertentu sahaja yang layak menjadi pengawal keselamatan. Kawalan yang dilakukan sekarang hanya meliputi waktu malam dan begitu terhad disebabkan keluasan kawasan dan akses masuk yang banyak.
  4. Peruntukan kerajaan untuk keselamatan. Pihak kerajaan melalui Pendaftar persatuan ada menawarkan pembiayaan galakan untuk kerja-kerja gated dan guarded komuniti. Pihak AJK sedang berusaha mendapatkan geran tersebut. Bagaimanapun, tanpa sokongan padu penduduk rancangan ini tidak menugin dapat dilaksanakan terutamanya kebenaran utuk memagar kawasan.
Jesteru itu, kita memohon kerjasama dan perhatian daripada semua penduduk taman Aroma Tropika (termasuk rumah Solar) untuk memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi mereka demi keselamatan dan masa depan kita bersama dengan melakukan perkara-perkara berikut;
 
1. Borang Keahlian dan Yuran Tahunan. Semua penduduk diminta memberikan kerjasama untuk mengisi borang keahlian dan membayar yuran yang telah ditetapkan. Yuran pendaftaran hanyalah RM10 dan yuran bulanan sekaligus adalah RM60 untuk setahun. Bagi yang telah menjelaskan yuran semasa jamuan terdahulu, anda hanya perlu membayar RM50 dan mengembalikan borang keahlian yang lengkap diisi. Cara pembayaran dan pendaftaran boelh dibuat dengan cara berikut;
 
a. Membayar terus secara tunai kepada tuan Pengerusi (Tuan Hj. Kamal) di alamat No. 85, Jalan Bunga Buah Satu 27/38A, Taman Bunga Negara, 40400 Shah Alam. Untuk pembayaran ini resip rasmi dan no keahlian akan diberikan secara terus.
 
b. Membayar melalui ketua blok masing-masing.  Untuk pembayaran ini resip rasmi akan dikeluarkan setelah ketua blok menyerahkan bayaran kepada pengerusi atau bendahari.
 
c. Cara bayaran yang ketiga ialah anda boleh membayar dengan membuat bayaran melalui pindahan wang ke akaun persatuan. No .Akaun bank persatuan kita ialah Maybank No. Akaun : 5622-7260-8216 atas nama persatuan penduduk aroma tropika. Selepas pembayaran dibuat anda boleh whatapps atau hantarkan pengesahan pindahan skil pembayaran melalui SMS.
 
d. Sebagai usaha serampang dua mata iaitu usaha menggalakan keahlian dan untuk saling kenal mengenali, kita akan usaha pendaftaran keahlian secara terus melalui kaunter khas dipondok kawasan taman pada hujung minggu berkuatkuasa minggu ini tertakluk kepada kesempatan masa. Ketua blik dan ahli digalakkan untuk bekerjasama dalam usaha ini.  
 
2. Kawalan keselamatan. Adalah dimaklumkan bahawa AJK keselamatan telah berusaha untuk melakukan kawalan malam sendiri bermula minggu ini atas initiatif sendiri dan rasa tanggungjawab. Walaubagaimanapun, usaha tersebut tidak mendapat sokongan daripada majoriti ahli. Sehubungan dengan itu, anda diminta untuk memberikan kerjasama dalam usaha ini. Kita akan cuba melakukan usaha ini dengan lebih terancang mulai minggu hadapan.
 
3. Lampu Belakang. Kita mendapati tidak ramai pendudh yang memasang lampu dibahagian belakang rumah. Oleh yang demikian kita mohon kerjasama semua penduduk untuk memasang lampu belakang bagi memudahkan kerja rondaan dan kawalan keselamatan.
 
4. Jamuan Tahunan. Kita mendapati bahawa cara yang paling berkesan untuk menghimpunkan penduduk adalah melalui aktiviti jamuan tahunan. Kita akan cuba menjalankan aktiviti ini pada bulan Disember ini.
 
5. Pendaftaran Whatapps dan Telegram. Adalah dimaklumkan buat masa ini kita mempunyai tiga kumpulan whatapps dan satu kumpulan Telegram untuk tujuan perkongsian maklumat pantas. Kita juga mempunyai akaun facebook aroma tropika. Group whatapps adalah terhad kepada 50 orang sahaja dan group Telegram yang kini telah mempunyai 73 orang ahli masih lagi boleh menampung 127 ahli lagi. OLeh yang demikian tuan digalakkan memasang persisian telegram dan menghantar no telefon tuan kepada 019-6571930 atau mana-mana ketua blok untuk didaftarkan.
 
Kami sekali lagi merayu agar semua penduduk taman kita dapat memberikan kerjasama mereka demi kesejahteraan dan keselesaan kita bersama. Tanpa sokongan daripada setiap ahli, usaha kita tidak akan membuahkan hasil yang didambakan.
 
Terima Kasih
Catatan 06 November 2014
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, 18 January 2014






Persatuan Penduduk Aroma Tropika
(No Daftar: PPM-043-10-29122013)
Taman  Bunga Negara
40400 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Kepada semua Penduduk Kepada Semua Penduduk (Aroma Dan Solar)

Tuan/Puan,

KEMPEN KEAHLIAN PERSATUAN PENDUDUK AROMA TROPIKA

Dengan segala hormatnya saya mewakili AJK Penaja Persatuan Penduduk Aroma Tropika memaklumkan bahawa persatuan penduduk kita telah berjaya didaftarkan sebagaimana no. pendaftaran di atas pada 29hb Disember 2013. Penubuhan persatuan penduduk ini diharap mendapat kerjasama dan sokongan teguh daripada semua penduduk di kawasan Aroma Tropika yang meliputi kawasan fasa pertama yang kita sebut sebagai rumah solar dan fasa kedua yang dikenali dengan nama Aroma Tropika.

Tujuan penubuhan persatuan ini adalah diharap menjadi pendorong utama untuk menghubung-eratkan silaturrahim dan hubungan kejiranan antara semua penduduk taman ini. Ianya juga diharap dapat menjadi wadah kita dalam berhubung dengan pihak luar seperti MBSA dan sebagainya. Sebagai fasa pertama, kita bercadang untuk menfokuskan kepada aktiviti yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan semua penduduk. Antara aktiviti-aktiviti yang akan diberikan tumpuan adalah seperti berikut;


  •       Program Gotong Royong berterusan terutama sekali bagi membersihkan kawasan dan pencegahan wabak Denggi yang kerap berlaku di kawasan kita.
  •           Rancangan memagar kawasan taman kita bagi menghadkan akses orang luar memandangkan terdapat banyak kes-kes rompakan, pecah rumah dan sebagainya.
  •     Mewujudkan system keselamatan penduduk yang lebih berkesan dengan partisipasi semua ahli persatuan menerusi system kawalan keselamatan 24 jam.
  •       “Pagar mini” bagi memisahkan kawasan mainan anak-anak dibawah 12 tahun dengan anak-anak yang lebih dewasa.
  •      Mencantik dan mengemaskan lagi kondisi padang permainan kita bagi memberikan kemudahan kepada semua penduduk termasuk padang bola untuk anak-anak dan jogging track untuk semua penduduk di dalam kawasan padang permainan.

Oleh yang demikian, semua penduduk diminta untuk bersama-sama menjayakan rancangan ini dengan menyertai persatuan penduduk kita. Semua borang keahlian yang telah diisi dan dipersetujui bolehlah dihantar kepada mana-mana AJK persatuan atau mana-mana ketua blok yang dilantik. Resit rasmi dan nombor keahlian akan diberikan kepada semua permohonan yang diterima. Bagi memudahkan komunikasi antara persatuan dan penduduk semua program kita akan war-warkan menerusi laman blog http://aromatropikas27.blogspot.com/. Ini termasuk aktiviti yang telah dan akan dijalankan, nama-mana AJK dan ketua-ketua blok. Perkhidmatan dan telegram, facebook atau whatapps akan juga digunakan dimana sesuai

Akhir sekali, kami sebagai AJK Penaja Persatuan sekali lagi merayu kerjasama dan komitmen dari tuan-tuan untuk menjayakan persatuan penduduk kita demi kesejahteraan bersama.

Ikhlas daripada Pengerusi dan Semua AJK Penaja
Persatuan Penduduk Aroma Tropika
18hb Januari 2019M

14 Rabiul Awwal 1438H

PELAN CADANGAN MEMAGAR KAWASAN PERSATUAN PENDUDUK AROMA TROPIKA


1. Warna Merah - Cadangan kawasan pagar utama yang meliputi kedua-dua fasa melainkan kawasan kedai.
2. Warna Hijau - Rintangan atau halangan dari memasuki kawasan berpagar bagi tujuan kenderaan laur (kawasan kedai) dan tangga perparitan (kawasan parit besar)
3. Warna Biru - Dua pintu utama ke kawasan Persatuan Penduduk Aroma Tropika (Gate Utama ialah bersebelahan pintu masuk Aromatropika)
4. Warna Kuning - Cadangan pagar mini bagi memisahkan taman mainan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah.

Friday, 17 January 2014

GAMBAR SEKITAR PROJEK GOTONG ROYONG MINI KITA YANG PERTAMA









Borang keahlian Persatuan

Berikut adalah borang keahlian yang perlu diisi oleh semua ahli, yuran tahunan adalah sebanyak RM60 setahun dan yuran penyertaan adaalah sebanyak RM10. Jadi untuk tahun pertama setiap ahli perlu membayar sebanyak RM70.00. Kutipan akan dilakukan oleh ketua blok masing-masing atau boleh diserahkan kepada mana-mana AJK Penaja. Sekian, terima kasih.



Monday, 13 January 2014





dan Salam Sejahtera kepada semua penduduk Aroma Tropika,

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Aroma Tropika atau ringkasnya PPAT telah berjaya mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia pada 29hb Disember 2013 dengan nombor pendaftaran iaitu PPM-043-10-29122013. Surat kelulusan tersebut adalah seperti berikut;


Sijil pendaftaran penduduk kita pula adalah sebagaimana di bawah:


Skop keahlian persatuan kita adalah meliputi kawasan pendudk aroma tropika dan kawasan rumah solar. Ini adalah memandangkan kita berkongsi taman permainan, kawasan kedai, jalan masuk dan keluar yang sama. Oleh yang demikian, sokongan daripada setiap keluarga daripada kedua-dua taman ini amatlah kita perlukan.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kita berikan kepada Tn Haji Kamal selaku Pengerusi Penaja dan Hajah Sofiah selaku Setiausaha penaja yang bertungkus lumus berusaha mendaftarkan persatuan kita. Muga-muga usaha mereka mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Sekiranya tuan-puan mempunyai sebarang maklumat mengenai Aroma Tropika untuk dikongsi bersama sila serahkan maklumat tersebut untuk diuploadkan dalam blog kita ini. Saya menghargai sekirnya tuan puan dapat memberikan teks penuk untuk diuploadkan kepada saya dialamat anuar067@gmail.com. Sekian, terima kasih.

Terima kasih.