Monday, 13 January 2014
dan Salam Sejahtera kepada semua penduduk Aroma Tropika,
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Aroma Tropika atau ringkasnya PPAT telah berjaya mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia pada 29hb Disember 2013 dengan nombor pendaftaran iaitu PPM-043-10-29122013. Surat kelulusan tersebut adalah seperti berikut;
Sijil pendaftaran penduduk kita pula adalah sebagaimana di bawah:
Skop keahlian persatuan kita adalah meliputi kawasan pendudk aroma tropika dan kawasan rumah solar. Ini adalah memandangkan kita berkongsi taman permainan, kawasan kedai, jalan masuk dan keluar yang sama. Oleh yang demikian, sokongan daripada setiap keluarga daripada kedua-dua taman ini amatlah kita perlukan.
Ucapan terima kasih tidak terhingga kita berikan kepada Tn Haji Kamal selaku Pengerusi Penaja dan Hajah Sofiah selaku Setiausaha penaja yang bertungkus lumus berusaha mendaftarkan persatuan kita. Muga-muga usaha mereka mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
Sekiranya tuan-puan mempunyai sebarang maklumat mengenai Aroma Tropika untuk dikongsi bersama sila serahkan maklumat tersebut untuk diuploadkan dalam blog kita ini. Saya menghargai sekirnya tuan puan dapat memberikan teks penuk untuk diuploadkan kepada saya dialamat anuar067@gmail.com. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam sejahtera. Saya memang menyokong sepenuhnya Penubuhan PPAT. Saya amat berharap pihak AJK Aroma Tropika dapat mengadakan satu mesyuarat pada masa yang terdekat untuk perbincangan dan sesi soal jawap.
ReplyDelete