Saturday, 18 January 2014






Persatuan Penduduk Aroma Tropika
(No Daftar: PPM-043-10-29122013)
Taman  Bunga Negara
40400 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Kepada semua Penduduk Kepada Semua Penduduk (Aroma Dan Solar)

Tuan/Puan,

KEMPEN KEAHLIAN PERSATUAN PENDUDUK AROMA TROPIKA

Dengan segala hormatnya saya mewakili AJK Penaja Persatuan Penduduk Aroma Tropika memaklumkan bahawa persatuan penduduk kita telah berjaya didaftarkan sebagaimana no. pendaftaran di atas pada 29hb Disember 2013. Penubuhan persatuan penduduk ini diharap mendapat kerjasama dan sokongan teguh daripada semua penduduk di kawasan Aroma Tropika yang meliputi kawasan fasa pertama yang kita sebut sebagai rumah solar dan fasa kedua yang dikenali dengan nama Aroma Tropika.

Tujuan penubuhan persatuan ini adalah diharap menjadi pendorong utama untuk menghubung-eratkan silaturrahim dan hubungan kejiranan antara semua penduduk taman ini. Ianya juga diharap dapat menjadi wadah kita dalam berhubung dengan pihak luar seperti MBSA dan sebagainya. Sebagai fasa pertama, kita bercadang untuk menfokuskan kepada aktiviti yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan semua penduduk. Antara aktiviti-aktiviti yang akan diberikan tumpuan adalah seperti berikut;


  •       Program Gotong Royong berterusan terutama sekali bagi membersihkan kawasan dan pencegahan wabak Denggi yang kerap berlaku di kawasan kita.
  •           Rancangan memagar kawasan taman kita bagi menghadkan akses orang luar memandangkan terdapat banyak kes-kes rompakan, pecah rumah dan sebagainya.
  •     Mewujudkan system keselamatan penduduk yang lebih berkesan dengan partisipasi semua ahli persatuan menerusi system kawalan keselamatan 24 jam.
  •       “Pagar mini” bagi memisahkan kawasan mainan anak-anak dibawah 12 tahun dengan anak-anak yang lebih dewasa.
  •      Mencantik dan mengemaskan lagi kondisi padang permainan kita bagi memberikan kemudahan kepada semua penduduk termasuk padang bola untuk anak-anak dan jogging track untuk semua penduduk di dalam kawasan padang permainan.

Oleh yang demikian, semua penduduk diminta untuk bersama-sama menjayakan rancangan ini dengan menyertai persatuan penduduk kita. Semua borang keahlian yang telah diisi dan dipersetujui bolehlah dihantar kepada mana-mana AJK persatuan atau mana-mana ketua blok yang dilantik. Resit rasmi dan nombor keahlian akan diberikan kepada semua permohonan yang diterima. Bagi memudahkan komunikasi antara persatuan dan penduduk semua program kita akan war-warkan menerusi laman blog http://aromatropikas27.blogspot.com/. Ini termasuk aktiviti yang telah dan akan dijalankan, nama-mana AJK dan ketua-ketua blok. Perkhidmatan dan telegram, facebook atau whatapps akan juga digunakan dimana sesuai

Akhir sekali, kami sebagai AJK Penaja Persatuan sekali lagi merayu kerjasama dan komitmen dari tuan-tuan untuk menjayakan persatuan penduduk kita demi kesejahteraan bersama.

Ikhlas daripada Pengerusi dan Semua AJK Penaja
Persatuan Penduduk Aroma Tropika
18hb Januari 2019M

14 Rabiul Awwal 1438H

PELAN CADANGAN MEMAGAR KAWASAN PERSATUAN PENDUDUK AROMA TROPIKA


1. Warna Merah - Cadangan kawasan pagar utama yang meliputi kedua-dua fasa melainkan kawasan kedai.
2. Warna Hijau - Rintangan atau halangan dari memasuki kawasan berpagar bagi tujuan kenderaan laur (kawasan kedai) dan tangga perparitan (kawasan parit besar)
3. Warna Biru - Dua pintu utama ke kawasan Persatuan Penduduk Aroma Tropika (Gate Utama ialah bersebelahan pintu masuk Aromatropika)
4. Warna Kuning - Cadangan pagar mini bagi memisahkan taman mainan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah.

Friday, 17 January 2014

GAMBAR SEKITAR PROJEK GOTONG ROYONG MINI KITA YANG PERTAMA









Borang keahlian Persatuan

Berikut adalah borang keahlian yang perlu diisi oleh semua ahli, yuran tahunan adalah sebanyak RM60 setahun dan yuran penyertaan adaalah sebanyak RM10. Jadi untuk tahun pertama setiap ahli perlu membayar sebanyak RM70.00. Kutipan akan dilakukan oleh ketua blok masing-masing atau boleh diserahkan kepada mana-mana AJK Penaja. Sekian, terima kasih.



Monday, 13 January 2014





dan Salam Sejahtera kepada semua penduduk Aroma Tropika,

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Aroma Tropika atau ringkasnya PPAT telah berjaya mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia pada 29hb Disember 2013 dengan nombor pendaftaran iaitu PPM-043-10-29122013. Surat kelulusan tersebut adalah seperti berikut;


Sijil pendaftaran penduduk kita pula adalah sebagaimana di bawah:


Skop keahlian persatuan kita adalah meliputi kawasan pendudk aroma tropika dan kawasan rumah solar. Ini adalah memandangkan kita berkongsi taman permainan, kawasan kedai, jalan masuk dan keluar yang sama. Oleh yang demikian, sokongan daripada setiap keluarga daripada kedua-dua taman ini amatlah kita perlukan.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kita berikan kepada Tn Haji Kamal selaku Pengerusi Penaja dan Hajah Sofiah selaku Setiausaha penaja yang bertungkus lumus berusaha mendaftarkan persatuan kita. Muga-muga usaha mereka mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Sekiranya tuan-puan mempunyai sebarang maklumat mengenai Aroma Tropika untuk dikongsi bersama sila serahkan maklumat tersebut untuk diuploadkan dalam blog kita ini. Saya menghargai sekirnya tuan puan dapat memberikan teks penuk untuk diuploadkan kepada saya dialamat anuar067@gmail.com. Sekian, terima kasih.

Terima kasih.